Jumat, 20 Desember 2013
KUIH KETAYAP/KUIH DADAR
KUIH KETAYAP / KUIH DADARBahan-Bahannya:
Untuk Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sdt garam
2 sdm minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)
Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum
Cara Membuat Intinya:
- Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
- Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
- Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
- Sejukkan inti.
Cara Membuat Kulitnya:
- Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
- Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
- Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
- Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
- Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
- Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
- Angkat. Ketepikan.
- Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis.
- Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
- Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
- Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.
Langganan:
Posting Komentar
(
Atom
)
Tidak ada komentar :
Posting Komentar