Rabu, 25 Desember 2013
ROTI TIKAR
ROTI TIKARBahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan - (saya guna 1 cawan santan pekat + 2 cawan air)
1 1/2 sdt garam
1 biji telur
pewarna (saya guna hijau epal dan pink)
Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan, gaul rata.
- Masukkan ke dalam blender, kisar sebati.
- Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dititiskan dengan warna hijau. Kacau sebati. Satu bahagian lagi dititiskan dengan warna pink. Kacau sebati.
- Masukkan adunan tadi ke dalam botol acuan roti tikar.
- Panaskan kuali. Guna api perlahan. Kalau guna kuali biasa, oleskan sedikit minyak masak pada kuali. (Saya guna non-stick pan)
- Tuangkan adunan supaya membentuk tikar seperti gambar di atas. Biarkan masak. (Tak perlu di terbalikkan. Cukup bila tepung di bahagian atas kering)
- Angkat tikar. Gulungkan.
- Ulang langkah hingga adunan habis. (Nampak tak tikar yang semua warna pink tu? Itu kerana adunan hijaunya sudah habis... hihihi..)
- Hidangkan roti tikar ni dengan kuah kari. Yummyyyyyyy!!!!!
Langganan:
Posting Komentar
(
Atom
)
Tidak ada komentar :
Posting Komentar