Kamis, 01 Mei 2014
PUDING JAGUNG BERKUAH KASTARD
PUDING JAGUNG BERKUAH KASTARD
Bahan-Bahan Untuk Puding Jagung:
1 cawan tepung kastard
3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
2 1/2 cawan air
Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan di dalam periuk. Kacau rata.
- Masak di atas api sambil sentiasa dikacau hingga puding likat dan berkilat.
- Masukkan ke dalam acuan, Sejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Bahan-Bahan Untuk Kuah Kastard:
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
2 gelas air
7 sudu besar gula
Cara-Caranya:
- Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati.
- Masak di atas api sambil sentiasa dikacau sehingga mendidih.
- Padam api. Sejukkan.
- Hidangkan puding jagung bersama kuah kastard. Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan cocktail.
Langganan:
Posting Komentar
(
Atom
)
Tidak ada komentar :
Posting Komentar